Dec 7, 2008

Selamat Hari Raya Aidil Adha

Saya mengucapkan 'Selamat Aidil Adha' kepada semua pengunjung yang mengunjung 'Blog Biso Bonar' dan Blog Bila Masa Terakam . Bersyukur kerana kita dilahirkan dalam agama Islam, dan lahir di tanahair Malaysia yang tercinta ini. Mohon Maaf Zahir dan Batin, jika sepanjang berblog ini ada bahasa yang terkasar dan menyinggung perasaan.
Saya juga merakamkan rasa simpati kepada mereka yang menjadi mangsa banjir di Pahang, Terengganu dan Kelantan ketika kedatangan satu hari perayaan Islam yang sepatutnya disambut dalam suasana kegembiraan. Semoga ia sebagai ujian dan dugaan yang lebih ringan daripada ujian yang didatangkan Allah kepada Nabi Ismail dan Nabi Ibrahim. Begitu juga kepada mereka yang ditimpa musibah tanah runtuh di Bukit Antarabangsa dalam keadaan kepayahan, kehilangan nyawa dan harta benda.

Kita juga berdoa supaya mereka yang menunaikan Haji tahun ini dilimpahi dengan kesempurnaan ibadat dan memperolehi Haji Mabrur. Begitu juga ibadat korban kita, semoga dikira sebagai amalan solehin dan diterima umpama penerimaan korban Habil anak Nabi Adam alaihissallam.

13 comments:

en_me said...

hi pokli ittewww..
selamat hariraya aidil adha,
majulah sukan untuk negara.. salammz

Razali Razman said...

Selamat Hari Raya Aidil Adha Pok Li...Semoga Pok Li sekeluarga sihat dan selamat.

zul rahman said...

assalamualaikum warahmatullahi wb.

pok li yang saya hormati,

salam ai'dil adha, salam hari raya qurban kepada semua sahabat,

salam ai'dil adha yang penuh dengan pengisian definasi-definasi pengorbanan dan segala kefahaman tentang pengorbanan yang tidak terhitung badan.

mohon ampun dan maaf jikalau terlebih bicara.

salam hormat,
zr

Jawahir said...

selamat raya korban Pok Li..=)

oooo...pok li ada blog lain rupanya

takde entri korban ka Pok li?

Pok Li said...

Jawahir

Blog baru belum ada pelancaran lagi baru 'dry run'. Itu tak sempat nak ambil gambar korban tu.

razor said...

selamat raya haji...dah malam dah..hehe

oretupat said...

slam pok li..slmat hari raya haji..pokli korban lembu berapa ekor tahun ni? tak basah ke tempat menyembelih lembu tu..manalah tahu dgr ada lagi keluarga kat pusat pemindahan banjir di marang tu...
anak-anak ada kelik blaka so bereh la boleh make daging lembu beramai-ramai.ok semoga haji mabrur diperolehi oleh semua jemaah dari malaysia.

RAHISAM RAMLI said...

Salam aiduladha Pok Li-setiap hari menulis blog juga satu pengorbanan masa dan tenaga.

Tirana said...

Selamat hariraya aidiladha juga untuk Pok Li sekeluarga.. Mudah-mudahan ceria selalu..

Pok Li said...

Buat semua, en me, saudara Razali, saudara zul rahman, jawahir, Razor, Oretupat, saudara Rahisam dan Tirana. Selamat Aidil Adha. Semoga kita terus berusaha untuk mengorbankan masa, tenaga dan harta benda kearah kesejahteraan agama, bangsa dan negara.

akuduniaku said...

salam

selamat hari raya aidil adha


salam

akuduniaku said...

salam

selamat hari raya aidil adha


salam

Pok Li said...

Aiman
Selamat aidil adha juga

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails