Aug 29, 2009

Zara & Me


Tajuk posting kali ini bukan judul sebuah novel. Cuma dua nama yang saya gabungkan menjadi satu. Puan Zara seorang penulis kreatif. Manakala en_me pula seorang jurutera yang ’lumayan’. Mungkin juga judul tersebut boleh dijadikan plot novel yang menarik dan berkisar tentang kisah kerjaya yang berbeza antara seorang seniman dan karyawan. Novel yang berjaya memerlukan watak yang kukuh, persekitaran dan plot yang kemas, penuh dengan unsur-unsur dramatik, konflik, suspen, klimak dan peleraian yang menarik. Saya sering tertarik dengan filem-filem Korea yang selalu memulakan kisahnya dengan dunia kerjaya. Kemudian plotnya berkembang perlahan-lahan kepada cerita-cerita percintaan dan kehidupan yang mengesankan. Kerana itu saya sering mengikuti siri drama-drama Korea di TV. Tapi sekarang macam sudah kurang diputar. Boleh jadi ’rating’ penonton lebih ’berselera’ menengok filem hantu agaknya.

Saya bukan sengaja menggabungkan dua nama ini. Kebetulan Puan Zara dan en_me telah meng’tag’ saya dalam jarak masa yang hampir sama. Mudah ’gitu’ untuk dijawab sekali gus. Tapi saya tak akan menjawab semua sekali. Jika terlalu panjang tentu en_me tak akan habis baca kerana dia ‘anti-scrolling’. Kalau tak menjawab pula saya dah berjanji dengan Puan Zura bahawa satu hari nanti saya akan ambil juga award itewwwww.

Begitulah muqadimmah saya, kepada ’tag’ mereka. Akhirnya saya mengambil jalan tengah iaitu ada soalan yang akan saya jawab dan tidak. Satu soalan yang menarik dari en_me ialah kenapa Pok Li berblog ?. Mungkin jawapan ini sudah memadai ghitewwww.

Puan Zara juga janganlah merajuk kerana saya tak dapat menjawab kesemua soalannya. Sekurang-kurangnya ’tindak balas’ saya ini boleh memuaskan hati. Namun kerana percaya Puan Zara mempunyai sifat ingin tahu yang tinggi, bolehlah mengembara dalam blog Biso Bonar untuk menemui jawapan bagi soalan no.7, no 8. no.9 dan no.10. Walaupun begitu ada juga beberapa soalan yang saya ’op’ dulu. Begitu juga untuk meng ‘tag’ rakan-rakan blogger yang lain. Insya Allah akan sampai masanya, soalan-soalan dan ‘tag’ itu akan dijawab dan dipanjangkan juga. Tungguuuuuuuu.............di sana.


Nota:
Op (loghat Terengganu) = Tunggu

11 comments:

zino said...

ulasan ni boleh lah dikatakan menjawab tag juga hehe.. zino memang tak pernah jawab mana mana tag .. pasal tu agaknya dia org dah serik tag zino hehe

Abu Aiman said...

penat oo kalau nak jawab semua tag. Ada sekali kena sampai 25 benda... tak dayo.

sharamli said...

memang jen0h nak menjawab..ni kira p0k li rjin la jgk ni..

Tirana said...

Wow...Pok Li menjawb tag dengan gaya tersendiri...hehehe

akuduniaku said...

salam to Pok Li

adoyai! lame betol ta menyinggah! "sebokye aiman" hahahaha


salam kembali
salam berpuasa! =)

fahana_ann said...

hehehe..ada caralah pokli jawab tag..

en_me said...

salam pokli, oke thanx jawab TAG me yg ittewww.. salam ramadhann ghitewww..

CIVIC Power said...

Selamat Berpuasa POK LI...

ikan emas said...

Depa soal apa PokLi?..
mai sy tlg jwp kan...


Selamat berpuasa , raya kat mana?

zara aluwi said...

Alahai Pok Li, si ikan emas tu macam nak kena tag jer. Lain kali ya...

Pok Li,

Terima kasih kerana menyahut seruan tag megetag ni.

Bagi saya, saya pilih hanya rakan2 tertentu sahaja. Rakan yang saya hormati dan blog rakan yang kerap saya kunjungi. Ianya tidak remeh. Ia bergantung bagaimana kita menjawabnya. Seperti Pok Li, mempunyai gaya tersendiri. Terima kasih sekali lagi.

Pok Li said...

zino
Sebenarnya memang perlu tumpuan lebih sikit nak jawab tag. Kerana itu kadang-kadang sambil masa nak jawab.

Abu Aiman
Memang sesekali penat. Kena pulak bulan ramadhan ni. Letih weh

sharamli
Rajin dalam malas tu...

Tirana
Terima kasih. Biar sama-sama susah tuh. he he he

Akuduniaku
Saya pun dah lama tak jengok blog Aiman. Salam Ramadhan juga..

fahana _ann
Cara 'órang lama'. He hehe.

en_me
Salam Ramadhan dan salam merdeka ghitewww.

Civic Power.
Salam Ramadhan dan Salam Merdeka.

Ikan emas
Betul ke nak tolong jawab. Nanti saya panjangkan. He he he he

Tahun ini saya balik Seremban. Rayo kito.

Zara Aluwi
Terima kasih juga kerana sering datang berkunjung. Salam Merdeka