Ketika membaca Blog The Spiral Eyes petang tadi, saya sudah terkena ‘jerat’ tag ini. Kalau tak dijawab, ada ke kena jadah dengan budak ‘Pasa Sanda’ yang baru berusia 22 tahun itu. Katanya lagi, sekali sekala bergurau senda membolehkan saya kembali muda berbelas-belas tahun. Lawaknya dia. Oleh kerana sekali-sekala, boleh juga lah. Kalau selalu tentulah hodoh nampaknya. Oleh kerana blog ini memang blog bercerita, saya juga nak cerita jugalah mengenai beg duit atau ‘wallet’saya ini. Wallet yang saya beli ini pun rasanya dah mahal sangat. Harganya RM 40.00 sahaja. Jenama ‘Horse’, hebat ke jenama tu?. Sebab saya tak pernah beli pakai jenama. Kalau nampak cantik dan banyak ‘kocek’ saya belilah. Sebelum ini beli yang harga RM 10 ke RM 15 di pasar malam. Pakai dua tiga bulan dah koyak rabak. Betul kata pepatah Melayu ‘Alah membeli menang memakai”. Rasanya dah hampir satu tahun setengah saya guna 'wallet' ini. Saya tak ingat beli dimana. Di Mydin ke atau di Giant. Tapi hati saya kuat mengatakan beli di Mydin sebab saya ada kad Meriah Mydin he he he.
Dalam beg saya ini tiada ‘tangkal azimat’ atau ‘ibu duit’ yang sesetengah orang percaya boleh mengekalkan duit tak habis-habis dan ada juga kata duit tu boleh 'beranak'. Pernah kah dengar cerita itu ?. Dalam beg duit saya pun ada lah beberapa ‘hinggit’, buat belanja beli petrol, minum pagi, atau keperluan yang tak disangka-sangka. Kalau banyak lagi saya simpan di kocek belakang. Kalau kena kebas pun adalah lagi saki bakinya dihujung-hujung bulan ni. Apa pun saya tak nak tag sapa-sapa…… biar ajelah Pasa Sanda dengan labu-labunya.
p/s Minta maaflah Pasa Sanda kerana pakai kamera h/phone yang dah tua usianya macam tuan dia jugak :)
16 comments:
pasa suka orang tua...lalalalal,pok li jaga jaga
ni sorang lagi contoh. pilih kekasih. saya tag takde nak layan. kalau nama awek pasa sanda, terus je buat ha...
awas, malam ni ada org tdo di luar!!
haha...
go thru blog saya, pokli pernah di tag dan hampir2 di santau. terima kasih...
The Spiral Eyes
Saya belum begitu tua ha,ha,ha
Razor
Jangan kecik hati, baru saya tahu lama dah orang tag saya. Tidor luar-tidor luar lah bang . Ahaks
Hehehe..first time tengok Pok Li jawab tag..Letih tau nak jawab..seronok sangat bila orang tak tag kita.
Pok Li..biar harga wallet murah tapi dalam tu banyak duit..hehehe...
Tirana
Itulah pasal. Tak jawab tak 'sporting' pulak.
pok li, banyak duit nampak.
hehehe
maksud yg mendalam
p/s: dh lama x lawat blog pok li
dh duit sket
salam pok li
selamat menyelamatkan duit itu dr penyeluk saku atau kaki pao he3x
p/s:(ketawa td ader maksud lain iaitu kaki pao ader byk jenis...saya pun kaki pao sb slalu pao ma n abah, h3x ta gaji lae nak buek camno..he3x)
salam
saya baru selesai membaca IQRA'oleh aiman, dan kini duit dan wallet oleh saudara. ish ish bagusnya zaman sekarang semua blog adalah berkenaan denagn dunia dan akhirat.
semoga kita di kaya di dunia dan mewah di akhirat. amin..
Jawahir
Duit ... ada lah sikit.
Siti Bum Bum
Terima kasih kerana melawat
Aiman
Tak pa sementara tak bergaji, lepas ada gaji jangan pao orn tua lagi :)
Offamir
Jangan tengok web lucah sudah he he he.
maner leh cakap pokli dah tua.. dah berumur tewwww.. ehehe
banyak duit..boleh pinjam..
Lps ni wallet tu mesti kembong punye la. Almaklumlah, dah dapat bonus..hehehe
wah wah,pokli menjawab tag dari pasa sanda..
pasa.ko mandrem pokli yer.aku repot sama abg eman..haha
en me
Belum tua ? he he he itewww.
Mie
Sign agreement lah ...
Diana
Bonus ke bulan ni. Kayo.. Kayo....
Faryn
Hebat mandaramnya. :)
Post a Comment