Walaupun saya sudah memutuskan untuk tidak menulis di blog ‘Biso Bonar’ hingga ke akhir tahun, namun berita kemangkatan Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan tengahari semalam telah merubah keputusan saya. Baginda yang berusia 86 tahun telah mangkat pagi semalam selepas mengadu sakit kepala. Mula menaiki takhta kerajaan pada tahun 1967, apabila Yang Di Pertuan Besar Tuanku Munawir mangkat. Ketika dinamakan sebagai penganti raja ‘baginda’ sedang menuju ke Jepun untuk menjawat jawatan Duta Malaysia di sana. Sebagai rakyat Negeri Sembilan sudah tentu saya merasakan kehilangan seorang raja yang bukan sahaja sederhana, lembut pertuturannya, mesra dengan rakyat, peminat sukan terutamanya golf, bahkan ‘baginda’ seorang raja yang tinggi sifat diplomasinya.
Saya bukanlah orang rapat atau orang kuat istana yang mampu menceritakan seribu kenangan bersama ‘baginda’. Namun saya menjadi saksi kepada satu peristiwa, yang menggambarkan kebesaran jiwa dan sifat diplomasinya yang ‘hebat’. Di majlis tersebut, kedudukan baginda telah ‘dicemar’ dengan kejadian yang sepatutnya tidak berlaku. Pada tahun 1994, Tuanku Jaafar ibni Tuanku Abd Rahman telah dipilih sebagai Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong ke 10. Sebelum baginda berangkat ke Kuala Lumpur bagi tempoh lima tahun sebagai Yang Di Pertuan Agong, pelbagai acara rasmi telah di atur. Salah satunya ialah majlis perasmian dan menamakan bangunan dewan di Seri Menanti. Majlis ini mempunyai ‘sentimental value’ kepada baginda kerana dewan tersebut akan dinamakan dengan nama permaisurinya , ‘Tuanku Ampuan Najihah’.
Majlis pada petang itu berlangsung sederhana. Cuaca juga nyaman dan redup. Tetamu jemputan yang hadir ialah pemimpin-pemimpin politik, ketua-ketua jabatan, Dato-Dato Lembaga, Dato-Dato Adat, pemimpin-pemimpin masyarakat dan sebahagian ‘rakyat baginda’ di Sri Menanti. Lebih kurang 400 orang semuanya. Tiga buah kanopi berwarna putih itu penuh, selain rasa hormat dan sayang kepada ‘tuanku’ ia juga sebagai tanda ‘menjunjung kasih’ dan ucapan tahniah kepada ‘destinasi’ baginda dari Istana Besar Sri Menanti ke Istana Negara.
Oleh kerana YAB Menteri Besar tidak dapat hadir, tempatnya telah diwakilkan kepada ADUN kawasan berkenaan. Majlis dimulakan dengan lagu ‘state anthem’, doa dan ucapan YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Entah dimana silapnya, ADUN yang membaca teks ucapan YAB Menteri Besar bukan sahaja betul-betul ‘membaca’ tetapi turut ‘merasmikan’ bangunan dewan tersebut. Gemparlah majlis, riuh-rendahlah seketika. Sekelian yang ada tertanya-tanya dan terpana, bagaimana ‘kesilapan besar’ itu boleh berlaku. Merahlah muka beberapa orang Dato Adat dan Dato Lembaga, ada yang bertempik, kerana ‘canggungnya’ perbuatan ADUN tersebut. Mujurlah tindakan cepat pengacara menjemput ‘Paduka Seri YDP Besar Negeri Sembilan’ menyampaikan titah dan mengumumkan nama bangunan dewan menyelamat keadaan. Ketika ‘baginda’ bertitah;
“Tak perlulah beta menamakan dewan ini, kerana sudah ramai yang menyebutnya. Cuma hasrat beta, melihat Sri Menanti terus dibangunkan selari dengan pembangunan yang berlangsung pesat di bandar dan daerah-daerah di negeri ini. Beta juga……….….”.

‘Baginda’ telah ‘bertitah’ hampir 20 minit tanpa teks. Sesuatu yang jarang berlaku. Bercerita mengenai permainan golf dan harapannya kepada pembangunan di Sri Menanti. Sesekali ‘baginda’ berjenaka, seolah-olah peristiwa yang ‘memalukan’ tadi tidak pernah berlaku. ‘Hebat’nya baginda kerana ‘menyimpan’ murkanya. Kalau raja itu bukan bernama ‘Tuanku Jaafar’ saya tak tahu apa akan jadi pada wakil rakyat itu. Ini adalah kisah yang tidak pernah dinukilkan dalam mana-mana akhbar. Saya coretkan kisah benar ini yang berlaku empat belas tahun dahulu sebagai kenangan saya kepada ‘baginda’, seorang raja yang sentiasa menyembunyikan ‘kukunya’. - Al-Fatihah.
25 comments:
pok li tulislah sejarah rasulullah s.a.w pula,saya nak baca
Semoga roh al marhum dicucuri rahmat oleh Allah..
Selamat menyambut ma'al hijrah..semoga kita sentiada diberkati Allah.
Al-fatihah
kalau masa tu jemputan terdiri daripadi dif dif kehormat, maknanya pokli juga dif kehormat. huhu
alfatihah dari kami sekeluarga.
moga rohnya di tempatkan Allah di tempat org2 beriman.
p/s: saya suka nama seri menanti. juga suka kawasan seri menanti tepi jalan (simpang kalau tak silap saya), betulke ada cerita mistik pasal seri menanti?
Salam pok li,boleh tak kita bertukar link? :)
http://blogahmadtarmizi-miji.blogspot.com
al-Fatihah!
assalamualaikum warahmatullahi wb.
lalu berlalu
berhembus bayu diangin lalu,
sejuk terasa bertiup lalu,
memohon idzin menumpang lalu,
agar hidup tak merugi lalu,
sama berpesan demi masa yang lalu,
sama berkawan demi masa yang nak lalu,
ruh yang ada singgahlah lalu,
jasad dipandang jadi tak lalu,
semoga masa dimanfaati lalu,
agar teguran diberi lalu,
semoga nasihat bertegur lalu,
agar ilmu diberi lalu,
demi masa masa berlalu,
masa yang ada kian berlalu,
memohon ampun sambil berlalu,
maaf dipinta maaf berlalu,
bersama berilmu bersama berlalu.
salam hormat,
taman taman ilmu
Kesian saya Pok Li, orang melaka takde raja.
Baca buku sejarah sajalah saya ni.
Al-Fatihah....
hi pokli itteww, salam tahun baru hijrah 1430 dari me dikejauhan jugerr..
Al-fatihah...menarik..x semua raja atau pemimpin yg boleh berkelakuan begitu......malah orang2 besar pun lebih sombong dari yang sepatutnya...he he..Salam hijrah
Al-Fatihah. Moga roh al marhum ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Salam Maal Hijrah dan Selamat tahun Baru!
The Spiral Eyes
Sirah Rasulullah telah dinukilkan oleh banyak pakar sejarah yang bersandarkan pelbagai peristiwa dan hadis. Biarlah saya menukilkan cerita biasa sahaja.
Tirana
Semoga doa kita dimakbulkan Allah.
Don Balon
Samalah juga. Al fatihah.
Razor
Sri Menanti berasal dari nama setangkai padi yang tumbuh dan ditemui oleh Raja Melewar.Pokok padi ini tumbuh seakan menanti sesuatu lalu dinamakan Sri Menanti.
Miji
No hal, terima kasih kerana singgah.
Taman-taman Ilmu
Alaikumussalam
Terima kasih singgah dan indahnya puisi.:)
Jawahir
Sekurang-kurangnya Melaka pernah beraja.
en_me
Gitewwww.
e-tomyam
Manusia ini berbeza-beza.Yang ada kelebihan tak menunjuk. yang kurang tu yang terlebih-lebih pulak.
Putera Bumi
Semoga termakbul doa kita. Salam Hijrah.
"Ular menyusur akar tidak hilang bisanya"
Semoga bila kita sudah tiada, org akan mengingati kebaikan2 yg kita lakukan..menahan marah & menutup aib seseorang adalah sifat2 yg mulia..
Daulat Tuanku..
Semoga Allah mencucuri rahmat kepada rohnya..
Terima kasih juga buat MC diraja kerana bijak dan pandai ambil peranan cover kejadian sperti itu..
salam Pok Li
Daulat buat Tuanku y telah pergi moga tuhan cucuri rahmat ke atasnya
Setiap kali man baca entry Pok Li mesti man rasa terharu dan sedih..
Kebelakangan ni Pok Li Banyak menceritakan sesuatu y menyayat hati..
P/s: Tuanku raja negeri pahang juga tidak kurang hebatnya..Man lahir dan dibesarkan di pahang..
Al-Fatihah. Semalam teman sama-sama berada bersama rakyat mengiringi kali terakhir 'payung ' negeri ini ke tempat persemadiaannya.Teman tau yang jadi mc masa "kes" tu ialah PokLi !!!
Salam Hijrah Pok Li,
Semoga Pok Li terus menceritakan kisah-kisah biasa tetapi sungguh menarik tahun depan.
Al-Fatihah utk. Al-Marhum YDP Besar ...amin...
Ehm.ehm...Pok Li tak marahkan kalau kena "TAG"...???
Orangbukit
Semoga kita belajar yang baik dari teladan yang baik.
Saudara Razali
Insya Allah. Semoga Allah memberi saya ilham.
Ustaz
Tag ustaz saya jawab kemudian. Kerana sedang sibuk lah ustaz. Waktu ni kepala 'nyong' lagi 'mumat'.
moga allah mencucuri rahmat ke atasnya..kagum pada insan berdajat yg tak mementingkan itu semua demi kebaikan bersama..
assalamualaikum warhmatullahi wb,
pok li,
sedang ber'hibernasi' (hibernate) lagi kah?
:)
salam,
zr
al-fatihah...
pokli best!!
ngeeeeee~
Fahana Ann
Manusia yang berbeza-beza sikap dan tingkah lakunya.
Zul rahman
Sudah muncul
Budak Hijau
Terima kasih kerana singgah
Tulisan yg menarik, Pok Li.
Saya terjumpa istilah 'melanus' (demam melanus) yang saya cari untuk artikal di blog saya. Tak pernah saya dengar istilah tu. Mujur Pok Li tahu tentyang istilah tu. Terima kasih.
Lihat artikal tersebut di sini
Post a Comment