Ayat ‘santau blog’ daripada Razor telah mengingatkan kepada sejarah hitam, kampung saya, ‘Kampung S'. Berpuluh-puluh tahun dahulu ia kerap dikaitkan dengan ‘permainan santau’, terutama di musim kenduri kahwin. Kebetulan pula bulan Disember ini juga sinonim dengan majlis ‘walimatul urus’ . Mawi dan Shikin juga sudah selamat diijabkabulkan dan sah sebagai pasangan suami isteri. Tahniahlah kepada mereka dan keluarga mereka. Didoakan semoga perkahwinan itu kekal abadi sehingga ke anak cucu. Janganlah dikemudian hari timbul cerita-cerita yang kurang enak dan kemudiannya menjadi cerita sensasi di tv dan media pulak.
Berbalik semula kepada cerita sejarah hitam ‘Kampung S’ tadi. Sepanjang tahun 1975 hingga 1977, kampung saya ini amat digeruni bukan kerana kehebatan ‘pasukan bola sepak’ atau ‘geng samsengnya’ tetapi dengan ‘permainan santaunya’. Ia telah menakutkan orang luar dan turut menakutkan orang kampung sendiri. Setiap kali ada kenduri kahwin, sebut sahaja ‘Kampung S’, tetamu jemputan akan merasa ‘liat’ untuk datang. Jika kerana bukan keluarga terdekat ataupun kerana kenalan rapat mereka lebih suka pergi ke kampung lain daripada datang ke ‘Kampung ‘S. Jika mereka datang pun mereka lebih selesa untuk mengambil lauk dan nasi sendiri daripada menikmati hidangan yang ‘ditating’. Tetapi itu bukan jaminan mereka tidak terkena santau. Kerana santau bukan sahaja boleh ‘dikenakan’ secara terus ke dalam makanan tetapi juga boleh di ‘hantar’ melalui angin.
‘Santau Angin’ ini makin lama semakin parah dari tahun ke tahun, setiap kali kenduri kahwin ‘usai’ akan ada seorang atau dua orang yang terkena santau ini. Samada mereka mengalami demam yang berulang-ulang, batuk, mengalami badan yang ‘seram-sejuk’ sepanjang hari, sakit-sakit sendi atau ‘melanus’. Kemuncak itu tiba pada tahun 1977, ‘permainan santau’ ini tidak lagi memilih mangsa dan majlis, mangsa boleh terkena samada di kenduri ‘doa selamat’, tolak-bala, berzanji, atau kenduri di surau dan masjid. Mangsa juga sudah tidak mengira jantina dan had umur, lelaki atau perempuan, tua, muda, kecil atau besar. Ia bukan sahaja setakat demam, batuk ataupun seram sejuk. Kesannya sudah semakin parah. Juhairi, budak lelaki berusia sembilan tahun dipercayai meninggal dunia kerana ‘ilmu hitam’ ini. Manakala seorang lagi budak berusia enam tahun juga turut terkena ‘ilmu gila’ ini. Sukarnya untuk mengubati seorang budak sebesar itu. Perubatan tradisional yang dinamakan ‘berurah’ perlu meminum air kosong sebanyak tiga ‘jug’ dan dimuntahkan kembali. Jika betul terkena santau, mangsa akan mengeluarkan semula makanan dan minuman yang pernah dimakan dahulu bercampur rambut, miang rebung dan ‘bahan kotor’. Kemudian berpantang pula seperti perempuan bersalin selama 44 hari. Setiap hari perlu makan pelbagai jenis herba seperti cengkih, kulit kayu manis, air ibu kunyit……… sehingga masa berpantang tamat. Kemudian terpaksa ‘berpantang makan’ daripada makan cili api, rebung, air batu, limau, lauk serta sayuran yang dianggap ‘bisa’ seperti sotong, kerang, ikan tertentu dan pucuk labu. Berpantang antara setahun sehingga tiga tahun.
Kejadian ini telah menyebabkan orang kampung ‘hilang sabar’ bukan sahaja 'keadaan’ itu memalukan kampung tetapi mereka ‘phobia’ untuk mengadakan sebarang kenduri. Akhirnya penduduk sepakat membaca Yassin selama tiga hari berturut-turut bagi mengatasi musibah tersebut. Hebahan dibuat lebih kurang seminggu. Penduduk sudah nekad. Mereka kini memohon pertolongan Allah. Namun pada tarikh tersebut, majlis bacaan Yassin dibatalkan. Apapun kesannya amat menakjubkan, tanpa bacaan Yassin, ‘permainan santau’ ini telah hilang dan lenyap. Tiada lagi mangsa baru selepas itu. Kenduri kendara berjalan aman. Tiada lagi perasaan bimbang. ‘Kampung S’ tidak lagi digeruni. Selepas berpuluh-puluh tahun dan selepas beratus-ratus kenduri dilangsungkan, ramai yang sudah lupa dan tidak tahu siapakah ‘dalang’ disebalik semua itu. Ia masih suatu misteri. Misteri yang tidak pernah terbongkar.
Tating : Makanan yang dibawa menggunakan dulang, Ia diangkat dengan
mengadakan barisan panjang dari dapur ke khemah tetamu.
Melanus : Kehilangan tenaga dan tidak bermaya.

27 comments:
mempercayai bomoh itu syirik dan sesiapa yang berjumpa bomoh namun tidak mempercayainya,amalan tertolak selama 40 hari.
semua berlaku atas izin ALLAH.apa lah yang manusia boleh buat
kampung S yg misteri itteww.. hi pokli
mak aih, takut bc komen spiral eyes. dapat kat mana fakta syirik tu?
huhu
saya suka dengar cerita mcm ni. kenapa santau tu mcm takde tuju org tertentu pokli? biasanya santau angin dan air kan tuju kat org2 tertentu je. 1st time sy dgr santau yg terkena pada sesiapa saja.menarik jugak.
oo kampung s eh? mcm dato' s la pulak. huhu
Huh, agak ngeri jugak cite ni, Pokli.
Rakan saya pernah mengalami peristiwa santau di sebuah pekan di utara Perak. Ketika dalam perjalanan menuju ke Pantai Timur, dia makan di sebuah warung, tapi agak lambat servis yang diberi, menyebabkan dia 'angin'...
Selepas beberapa hari, dia muntah darah. Jenuh berubat, tapi Doc kata 'takde apa-apa'...
Setelah berubat secara tradisional, akhirnya dia pulih.
Saya harap saya tak jadi mangsa santau. Ada petua pasal santau ni ke, Pokli?
Cerita mistik mcm ni memang banyak misteri, lagi menakutkan. Tetapi kita semua percaya dengan benda ghaib, cuma tidak sampai jejas akidah kita. Jauhkan dari segala khurafat jalan terbaik menjauhi santau ni.
salam
betul ke santau tu akan kene pada sesiapa jer??
memang penyantau itu tidak punya motif ker Pok Li??hurm...
mcm rancangan expose mistik la pok li...sy suka baca....tapi kesian dengan mangsa yang kene...terseksa
Masa belajar dulu,ada member sy berkwn dengan sorg hamba allah yg ada saka dlm badan dia. Untuk perlindungan diri sy bc ayat kursi. Sekali kawan member sy ni pengsan la pulok kat tongah2 jalan raya masa nak gi makan. Tup2 sy kene tempias dia sesikit. Seram sejuk di buatnya, meremang bulu roma.Tapi sekejap jer.
Benda2 cam gini memang syirik...kita mempercayai kuasa lain selain drpd Allah.
Org melayu suka sangat jumpa bomoh nak aniaya bangsa sendiri, org cina pula jumpa bomoh minta nombor ekor nak jadi kaya.Takde pun sibuk nak rosakkan bangsa mereka sendiri.
Cerita Kpg 'S' tu macam Misteri Nusantara, 'jgn biarkan hidup anda diselubungi misteri'...
Pada thn lepas, di kpg saya pun heboh kisah santau ni, habis kedai2 makan ditutup. Dgr khabar pengamalnya nak test power..Mcm2 manusia ni, dah tak ingat mati, mereka yg tak berdosa menjadi mangsa..
Org Melayu ni, kalau tinggi ilmu yg berguna, alangkah bagusnya..
salam
ish ish ish teruk betul perangai orang kampong saudar tu...naper dier tak santau jer pemimpin kerajaan yang tak pandai memimpin tp nak memimpin jugak??
ish ish ish
pokli,
dulu saya ingat santau tu di zaman silam saje,rupanya tidak.masih berleluasa sampai skang.
The Spiral Eyes
Kita boleh mempercayai bomoh, ustaz ataupun ahli perubatan lain jika kita tahu bahawa mereka tidak mensyirikkan Allah. Yang paling penting dalam berubat sesuatu penyakit adalah kita (setiap individu / pesakit) mesti yakin bahawa yang menyembuhkan penyakit itu bukan bomoh ataupun ustaz ataupun tabib (mereka semua adalah asbab), tetapi yang menyembuhkannya hanya Allah SWT semata. Yakin kepada selain dari Allah adalah syirik (dosa besar yang tiada pengampunan). Berubat hanyalah merupakan ikhtiar atau usaha yang disuruh oleh agama.
Di dalam Islam sememangnya ada ulama yang mengamalkan perubatan secara Islam iaitu dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran sebagai penawar. Sebab Al Quran merupakan ubat dari segala penyakit, baik penyakit hati mahupun penyakit yang bersifat fizikal. Rasulullah SAW juga pernah mengubati seseorang dengan membaca salah satu surah dari Al Quran. - Sumber halaman web jais -soal jawab agama.
en me
Memang misteri. itewww.
Razor
Ia berlaku apabila adat yang 'test power' seperti kata 'org bukit' tu.
Saudara Izuddin
Sayab terjumpa dengan blog yang mengamalkan ayat-ayat Al Quran sila rujuk http://melasalam.wordpress.com/2008/05/25/santau/
Saudara Rahisam
Mistik ini memang berlaku terutama nya di dalam masyarakat Melayu. Namun ia semakin berkurangan pada masa sekarang.
Aiman
Mereka tidak masih memilih mangsa. Ia dipercayai kerana pada tahap belajar. Keduanya jika santau ini tidak dilepaskan ia akan m'makan' keluarga sendiri. Wallahuallam.
Jawahir
Saya setuju orang lain guna sihir untuk kaya. Orang kita untuk memudaratkan orang lain.
Org bukit
Kita selalu hebat pada ilmu yang tak berguna. Melayu ni sebenarnya kreatif tapi kreatif 'tak kena gaya'.
Faryn
Ilmu hitam ini akan tetap ada sehingga ke akhir zaman. Cuma kita harus waspada supaya kita tidak terjebak sehingga mengamalkan amalan syirik.
off amir
Takkan sampai gitu kot.
Kampung Senaling ko pokli..
eh..itu pokan la..
den surrender la.. dokek ngan kualo sawah plak tu.. :)
santau memang ada..kalau tak ada susah la bomoh-bomoh mau cari makan..dan merosotlah industri penjualan bahan membuat santau..
Mereka yang mengamalkan sihir akan dihumban kedalam gunung raksa (cecair timah/logam)maka kekal la mereka didalamnya JAHANAM!
Teringin saya mengetahui punca berlakunya santau. Mungkin ada kaitan saintifik dalam isu ini.
Santau memang menakutkan kerana bahan adunannya berbahaya. Sebab itulah orang dahulu apabila pergi ke perantau, makan minum mesti berhati-hati, takut kena santau.
Dalam Istana sekalipun, tak boleh makan minum sesuka hati kerana orang istana dahulu yang penuh dengan hasad dengki sering menggunakan santau.
razor...saya ke kelas agama.bukan google,tapi dengo sendiri dengan telinga saya
pok li,masalahnya aku tak.. percaya ,sekarang ramai bomoh putar alam...ramai yang menyalahgunakan fakta kita harus berusaha mencari ikhtiar,ikhtiar tu ikhtiarlah,jangan sampai lupa bahawa sakit sihat semua ditangan Allah
anda sakit kerana Allah kasi anda dugaan sakit bukan kerana orang tu hantar ,ini hantar...kalau tanpa izin ALLAH semua itu takkan berlaku bukan
Post a Comment