Sudah menjadi ‘kebiasaan’ setiap kali menghadiri majlis kenduri kahwin, majlis perpisahan, majlis ‘makan-makan’ saya sering di tegur oleh kenalan baru atau tetamu dengan ungkapan yang hampir sama;
‘Eh macam pernah nampak lah abang ni’
‘Saya pernah jumpa pak cik ni, kat mana ya”
‘Ya lah, macam pernah tengok abang ni, bukan abang ke yang pakai kereta……..tu’
Saya selalunya tak ambil ‘pusing’ sangat mengenai ungkapan itu. Al-maklum sahaja semakin lama hidup semakin banyak benda yang dirasa dan semakin banyak juga perkara yang dilihat. Daripada perkara yang biasa-biasa hinggalah kepada perkara yang aneh-aneh dan ganjil-ganjil.. Tak kurang juga yang mendakwa pernah jumpa saya di Johor, di Melaka, Pulau Pinang, Kedah malah lebih terperinci lagi;
‘Tak silap, saya jumpa abang di Pudu Raya dua hari lepas’. Betul tak?.
‘Tak kan abang dah lupa kita pernah berbual kat ‘bus stop’ Kuala Terengganu tiga empat hari lepas”
Biasanya saya malas nak bertengkar untuk mengatakan tidak. Saya hanya mengangguk atau paling tidak berkata; Biasa la tu bang, muka saya ni memang ada kat mana-mana”. “Mungkin pelanduk dua serupa”. Mungkin juga muka macam saya ni memang ramai…..ha, ha, ha…….. Cuma satu tempat sahaja yang saya idam-idam nak dengar. Jumpa saya di Mekah. Kalau ada sahihlah martabat saya dah semakin tinggi….. he…he .. :).
Apa pun perkara tersebut tidak lah begitu mengherankan saya berbanding dengan ungkapan-ungkapan yang lebih pelik.
“Pak Cik kenal ke saya ?
“Abang kenal tak saya?
“Man, takkan kau tak kenal aku?,
Selalunya saya jarang menjawab. Kebiasaanya mereka bukan sahaja ‘serkap jarang’ dan berpura-pura mengenali saya tetapi di hujung perbualan mereka selalunya akan ‘mencipta’ pelbagai cerita duka lara yang mengharukan. Ibu sakit, ayah sakit, anak sakit atau paling tidak pun diri mereka yang ‘sakit’ dan memerlukan bantuan. Lebih hebat lagi, mereka pula yang menetapkan berapa ‘Ringgit Malaysia’ yang perlu kita beri.
“Lima Ringgit bang, saya makan pun belum ni”
“ Bagi sepuluh lah Man, tambang teksi lagi, makan lagi”
“ Bagi sepuluh lah Pak Cik, saya kira pinjam dulu, nanti ada duit saya bayar lah”
Walaupun kita sedar bahawa sebahagian daripada mereka bukan jujur dan bercakap benar, tapi kita ‘hulur’ juga atas dasar peri kemanusiaan. Namun begitu, tentunya saya lebih heran kepada mereka yang menjadi mangsa ‘pelakon-pelakon bajingan’ yang menyamar sebagai pegawai penguatkuasa, orang penting ‘kerajaan’, kerabat diraja, pakar pelaburan, pakar kecantikan, pakar perancang kewangan yang bermula dengan ungkapan ‘KENALKAH SAYA?’, sehingga menyebabkan mereka tertipu bukan sahaja beribu-ribu ringgit malah ada juga yang sampai berjuta-juta ringgit serta hilang harta dan kehormatan.

20 comments:
Manis-maniskan mulut bertanya dan buat-buat kenal tu rupanya ada hajat lain..hehehe.. Bijak dan kreatif sungguh otak manusia tapi sayang, selalu kebijaksanaan otak itu dimanipulasi dan digunakan di tempat yang salah.
Demikianlah ragam manusia Pok Li selagi hidup selagi bernafas ia kan tetap menipu dan terus menipu...itu tipu sesama manusia, belum lagi tipu dgn. Pencipta Rabbul Jalil...kekadang manusia selalu alpa..dan sering mengikut hawa nafsu, leka dan lalai..itu juga ditipu oleh Syaitan...Tapi masa tak pernah tipu kita..kan tetap 24Jam..kita sahaja yang suka tipu masa...
Salamz pokli.. saya nok gori dulu ni.. lama tak update N3 erk..? memang sekarang ni byk yg nak ambil kesempatan. Ptg kelmarin pun saya didatangi oleh seseorang yg mengatakan kenal keluarga saya. Kendung anak kecik, kononnya anak dia tu sakit jantung berlubang dan memerlukan kos pembedahan. Mcm2 dia bagitau saya pernah jadi pekerja menyiapkan renovation kedai saya tapi saya tak kenal dia.sama mcm pokli lah dia serkap jarang kita tanya kenal dia atau tidak. erm....mcm2 lah dunia sekarang. Anak dijadikan umpan utk meraih simpati orang. Kesian tengok anaknya lalu saya hulur sebagai sedekah.
salam
lamam juga aiaman tunggu post baru dr Pok Li.
Tp post kali ni mengingatkann aiman masa belajar dulu dekat Dungun, selalu jugak kne pao ngan orang Dungun.
Hurm..
Susah jugak bila ramai sgt yang kenal kita..Lagi susah bila mereka pura pura mengenali kita..
Salam berhati hati lain kali. He3x
p/s: Tidak mahu di pao lagi..
siann kannns..
Tirana
Begitulah, kreativiti manusia tidak terbatas ada yang positif, tapi kesan nya pada yang negatif.
Habiha 69
Betul tu ustaz, selalu kita tak jaga masa. Kalau masa itu pedang lama dah kepala kita putus :).
Kittun
Memang macam-macam cerita dia orang ni, dari jantung berlubang, sakit buah pinggang sampailah ke penyakit yang kita tak pernah dengar.
Aiman
Pok Li bercuti ke Pulau Pinang. Tu yang lama tak update tu. Insya Allah kita sama-sama berhati-hati
en me
Yang patut kita kesian kita kesian lah. Yang patut kita 'sekolahkan' (nasihat) kita 'sekolahkan'.
abang pernah gi jengka tak? macam pernah nampak la!
hihihi
selamat kembali pok li..lama sy menunggu entri baru...(=_=)
manusia zaman sekarang ni, baek ada maksud lain, ada hidden agenda
sy selalu jmpa org mcm gini,selalu terkena,w/pun dh warning kat diri sendiri
tolong salah, x tolong salah...kesian punya pasal..layan kan ajer..
hmmm...
Rahimin
Tu la saya dah kata... semua orang macam pernah jumpa saya.... hihihi.
Jawahir
Paling sukar menolak kalau rayuannya menagih simpati. Manusia.. manusia.
hei kamu sungguh bertuah,sila datang blog aku untuk parti buih sabun jangan lupa jadi follower aku
yang benar
pengganti pasa sanda
Pasa Sanda
Teringin juga nak jadi pengganti Jet Li .. :)
yang palinga aku menyampah:
datang sorang pak cik cakap nak balik ke kelantan pastu kene samun, so tak de duit.
aku bagi rm 50, then hari yang same, kat kedai hadapan , pakcik tu pakai skrip same...... rase macam nak karate jer usus die....
dah tua pun masih nak menipu macam tu..... huh
Saya pernah nmpak abg di Bndar Mahkota Cheras, lewat malam jam 12.
Tapi saya nmpak gambar abg lah,terpempan di layar laptop saya kat orgbiso.blogspot.com
*sah itu abg kan?
Pendekar
Manusia sudah hilang pertimbangan. Mungkin kerana miskin, mungkin juga seronok tengok orang lain ditipu.....
RMN
Boto lah tu....
Post a Comment