Dec 13, 2008

Rumah Melayu


Sepanjang kehidupan yang kita lalui banyak perkara yang berubah dan terus berubah mengikut peredaran zaman. Seringkali juga kita tidak sedar mengenai perubahan-perubahan kecil yang berlaku itu. Nostalgia itu datang ketika banjir melanda kediaman kami baru-baru ini. Air yang masuk bukan sahaja telah merosakkan barang dan alatan rumah,tetapi sebahagiannya terpaksa dicuci,dibersih dan dikeringkan. Sementara masih berjaga-jaga dan bimbang air naik lagi, kami hanya duduk di lantai beralaskan tikar.

Sewaktu saya kecil setiap kali berkunjung kerumah jiran atau orang kampung mereka akan membentang tikar mengkuang yang baru dan berwarna-warni. Kemudian tetamu dijemput duduk di atas tikar ini samada di ‘tengah rumah’ (rumah induk) ataupun duduk di serambi sebelum jamuan disediakan. Jika mereka letih bersila, mereka akan bersandar sahaja ke dinding.

Awal tahun 70an perubahan besar berlaku kepada orang kampung. Mereka sudah mula terdedah kepada corak kehidupan moden. Sette (orang kampung saya panggil ‘kusyen) sudah mula menghiasi rumah-rumah mereka. Meja makan juga sudah mula menghiasi ruang tengah rumah atau pun di ruang dapur menggantikan sedikit demi sedikit cara santai kehidupan tradisional orang Melayu. Rumah saya di antara paling awal membeli ‘kusyen’ ini. Dibeli ketika sambutan Eid Fitri hampir menjelang tiba. Ketika ‘Raya’ berebut-rebut kawan-kawan saya duduk diatas ‘kusyen’ ini kerana bukan sahaja ia jarang ditemui di kampung tetapi juga dianggap barangan mewah. Sette yang dibeli pada harga RM300.00 pada tahun 1971 itu masih lagi menghiasi ‘induk dapur’ di rumah saya di kampung. Masih cantik,barangkali juga sudah termasuk kategori barangan antik.

Tikar mengkuang berharga RM10.00, sudah tidak lagi popular. Seingat saya kali terakhir penjualan tikar-tikar mengkuang ini dijual pada penghujung tahun 70an. Makcik-makcik yang berusia 60 an datang berjual dari rumah ke rumah dengan menjunjung tikar-tikar di atas kepala mereka. Dapatlah mereka sedikit upah, dari hasil jualan itu. Apa pun, tikar mengkuang dianggap sudah ketinggalan zaman. Orang kampung tidak lagi ‘ghairah’ membeli tikar-tikar ini. Penjualan tikar akhirnya terhenti. Penjual tikar dari Kuala Sungai Baru, Melaka ini tidak datang lagi. Bukan sahaja jauh tapi tidak lagi berbaloi. Perniagaan tikar sudah lenyap. Orang Melayu lebih suka duduk di atas kerusi dan ‘sette’ daripada duduk di atas tikar dan lantai. Oang Melayu sudah berubah.

Hari ini orang Melayu bukan sahaja sudah lupa kepada ‘tradisi’ membentang tikar ini, tetapi juga sudah mula mengamalkan kehidupan mewah dengan membeli peralatan rumah yang canggih dan mahal. Kepada mereka yang ‘berwang’ juga ‘ghairah’ untuk membeli dan mendiami rumah-rumah mewah di lereng-lereng bukit meniru tradisi masyarakat lain. Apabila terkena musibah banjir atau pun tanah runtuh seperti Bukit Antarabangsa mereka sedih kerana harta benda mereka yang rosak dan punah. Akhirnya mereka menuding telunjuk kepada banyak pihak dan terlupa menuding kepada diri sendiri. Kalau takutkan rumah dilanda ombak jangan berumah ditepi pantai, kalau takut rumah runtuh jangan berumah dilereng bukit. Malah teringat juga kepada kata-kata sahabat saya yang pernah melontarkan falsafah hidupnya; “ Hidup ini sebenarnya murah, kita sahaja yang menjadikannya ‘mahal’.

27 comments:

The Spiral Eyes said...

tidak salah memiliki gaya hidup murah asal jangan kita mejadikan ia murahan

RY said...

di kampung kami, tikar tu buat sendiri. saya sempat melihat makcik2 buat tikar ni. dari cari daun, proses warna, menganyam. yg ada kat rumah dulu tu buat sendiri. lepas adanya tikar getah yang tak payah dipakai, digulung, tikar mengkuang dah dilupakan.

cuma golongan tua je duk sebut2. tapi bila golongan yg itu semua dah takde, maka hilanglah jugak barang2 kegemaran mereka.

kusyen yang kayu2nya tak bersalut dah tak relevan sekarang ni. sofa pula yang ambk alih. pendek kata, kalau takde semua tu, jadi tak gah.

kita hidup dengan demand semasa. kalau tak, susah la kan? so, susah senang hidup hari ni dah berubah.

Tirana said...

Pok Li

Rumah ibu saya di kampung masih menggunakan tikar mengkuang sehingga sekarang walaupun di rumah itu dah ada sette dan meja makan. Bila sesekali adik beradik saya berkumpul di kampung, kami lebih suka duduk dan bersila di atas tikar mengkuang.

Dulu, saya sendiri pandai menganyam tikar mengkuang yang berwarna warni itu tapi disebabkan lama tidak praktis, saya rasa dah lupa macam mana nak menganyam. Proses untuk membuat tikar mengkuang saya pelajari dari langkah pertama iaitu macam mana memproses daun mengkuang yang hidup, dibuang duri, di jangat (iaitu daun mengkuang dibelah kecil2 dengan menggunakan sejenis pisau yang dinamakan jangat), Daun mengkuang yang telah dibelah ini akan diikat sekali dan ditumbuk sebelum direndam selama 2-3 minggu, kemudian diangkat dan dijemur sampai kering. Untuk tikar yang berwarna, mengkuang yang telah kering ini kemudiannya dicelup dalam air yang menggelegak (air ini dicampur dengan pewarna atau dye). Kemudian dijemur lagi sehingga kering. Sebelum dianyam, mengkuang yang telah kering ini dilurut untuk melembutkannya bagi memudahkan proses menganyam tikar. Bagi yang expert, untuk menyiapkan sehelai tikar mungkin mengambil masa sehari dua saja bergantung kepada saiz tikar yang hendak dianyam. Semakin besar saiz dan semakin unik corak yang dikehendaki, semakin lama masa yang diambil.

Itu cerita saya di zaman kanak-kanak..tolong ibu buat tikar. Tentulah tikar yang saya anyam itu bersaiz kecil dan bercorak mudah sesuai dengan saya ketika itu. Matlamat ibu yang utama ialah mengajar saya asas menganyam. Tapi sayang sungguh, sekarang dah terlupa macam mana nak "melagang" tikar (istilah yang digunakan bagi step pertama dalam menganyam tikar). Step pertama ini penting dan kena betul-betul teliti. Jika tidak step menganyam seterusnya akan jadi sukar dan tikar tidak jadi elok.

Ibu di kampung pun dah berhenti buat tikar mengkuang. Tikar-tikar yang dianyam dulu masih tersimpan elok dan sesekali dikeluarkan bila saya adik beradik berkumpul di rumah ibu.

Oppsss..sorry Pok Li, terpanjang pulak cerita di sini...hehehe..

Unknown said...

Pok Li,

Sebenarnya kalai ikut kita hidup ni simple je..tak mahal...tapi nak memuaskan ahli keluarga...tu yang menyebabkan kos mahal...kalu tak beli dan belanja nanti dia kata kita kedekut pulak...susah..susah

akuduniaku said...

salam

hidup ini sememangnya murah kerana kita bukan sesiapa hanyalah hamba kepada yang esa..

sebaliknya manusia yang bijak memperdagagkan siri dan sesuatu sehingga harga kita melonjak lonjak..

entah lah apa harga kita yang selalu lupa pada tuhan...hurm..

salam..

Aiman said...

saya mengaku banyak melakukan kesilapan sejak saya dilahirkan.. moga tuhan sentiasa membuka kesedaran buat saya..

Don Balon said...

Pokli,
Koi pun memanc membesor bersama tikor mengkuanc..
kalu tido tgh hari tak payoh pakei kipeh atau ekon pun..
masuk bowoh rumoh (rumoh koi tiang tinggi, rumoh felda), tido ateh pangkin beralaskan tikor..
pergh,,,layan...tamboh2 bulan poser..
syahdu je..

Pasey hidup ni muroh koi setuju amat..
gaya kita yang memberatkan dan menjerut diri sendiri yang menyebabkan seseorang bergaji 1k ++ di kampung lebih selesa hidupnya berbanding manager yang bergaji 11k++ di KL..
fikir-fikirkan kata Farith Ismeth Emir... :)

RAHISAM RAMLI said...

Salam pok li-marah kerana sudah kehabisan modal dan menjangka ianya kekal cantik setiap masa. Masa nilah kita lebih banyak menyesal kerana wang yang banyak lebih baik disimpan untuk hal kecemasan sudah tidak ada lagi. Agensi bantuan pun jadi mangsa katanya tak bantu lah, tak ikhlas lah, dok makan bawah kemah saja lah..macam-macam lagi tuduhan oleh mangsa. apa daya kita, kesian tapi janganlah marahkan orang lain pula.

Anonymous said...

betul tu pok li ramai orang melayu sudah lupa adat..bila dah kaya ramai yang menyombong..tp tak semua la....bila musibah diri sendiri tidak mahu menginsafi tetapi dengan bongkak menuduh orang lain........manusia insaf sebentar bila diberi ujian tetapi mudah lupa....kecuali orang2 yg menyerah diri pada Allah

en_me said...

me teringat buletin utama tv3 tempoari, ada makcik pemilik banglo dah repot polis nak saman pegawai rela yg bilang, 'bodoh, saper soh beli umah kat lereng bukit!'.. ekeke

Pok Li said...

The Spiral Eyes
Itulah pasal. Tapi ramai yang mahu kehidupan mahal :(

Pok Li said...

Razor
Perubahan memang tetap berlaku tapi kena ukur baju di badan sendiri. Tapi masalahnya sekarang dah ramai pakai free size.

Pok Li said...

Tirana

Terima kasih pada info tu. Jelas sekali bagaimana sehelai tikar dibuat. Saya tak tahu ia begitu 'leceh' untuk membuatnya.

Pok Li said...

Saudara Razali
Itu yang buat orang lelaki pening tu :)

Pok Li said...

Aiman
Memang manusia lahir ada nilainya. Tapi lihatlah apa sumbangannya. Kalau buat abis boreh jo macam mana lak.

Pok Li said...

Offamir
Oklah kalau dah ngaku salah :)

Pok Li said...

Don Balon
Rumah saya dah tak ada tikar mengkuang. Masa kecil dulu selalu menyorok dalam tikar he he he.

Pok Li said...

Saudara Rahisam
Sepatutnya mangsa berterima kasih kepada petugas-petugas yang sepanjang masa menjalankan tugas mencari mangsa, membekalkan berita dari masa kesemasa. Menyediakan laluan alternatif untuk poemindahan barang dan juga bekalan makanan dan perubatan. Mungkin kerana kehilangan harta benda 'suhu' pemikiran mereka sentiasa 'panas'.

Pok Li said...

Peminat Jutawan Malaysia
Kerana lupa lah tu mereka buat dan beli juga rumah tepi lereng tu. Tapi perniagaan tak ada permintaan tak ada penawaran.

Pok Li said...

en_me

Masing-masing dah letih dan tertekan. Mula buat hal itewww.

nohas said...

Sekarang ni trend beli tikar buluh Sarawak pulak..tikar mengkuang dah jadi bahan pameran kat pusat2 kraf..

Bukit Antarabangsa memang cantik, mcm countryside kat oversea, apa-apapun sekarang dah tinggal sejarah..sejarah yg mengerikan..

GELIgeli said...

Rumah teman dulu pun menggunakan tikar ini..teman masih ingat bagaimana mak teman mencari mengkuang di paya,menjemur,mencelup dgn warna,meraut mengkuang,menganyam dan membuat tikar...teman masih ingat..masa tu umur teman mungkin sekitar 6-8 th..

Pok Li said...

Orang Bukit

Tikar mengkuang masih ada keseniannya yang tersendiri. Kalau cantik anyamannya harganya pun mahal.

Pok Li said...

Geli-Geli

Teringat tikar mengkuang buat jemur bantal :)

Anonymous said...

salam pok li. lewat sikit tak apa la.
bab tikar mengkuang ni Pok Li ,nak kabor bui mai la kat K Bestari kg talak cbg 4. Banyak dijual dan ada dementrasi buat anyaman bukan shj dari mengkuang ,dari buluh pun ada dan satu lagi yg terbari dari keladi buncis pun boleh dibuat tikar juga. ini keluaran dari K bestari kg terbak,mereka dpt teknik dari negera thai.
Boleh la Pok Li uat lawatan ke sini yeah..

Pok Li said...

ore tupat

Terima kasih la abe. Satu hari kalau ado maso ambo gi la tengoknya. Cuti ko tak dengar khabar pun.

Anonymous said...

panjang sgt blog nie...kalau pendekkan skit mesti ok kot...