Oct 29, 2008

Cerita Katak


Kesibukan bekerja pada minggu ini membuatkan saya ketandusan idea. Walaupun ada macam-macam isu. Ada macam-macam perkara yang boleh ditulis. Tapi entah dimana silapnya. Idea tu tak mari-mari juga. Akhirnya saya memutuskan untuk menulis sebuah cerita santai. Sebuah cerita kanak-kanak , berjudul ; Anak Katak, Ibu Katak.

Alkisahnya pada suatu masa dahulu tinggal seekor ibu dan anak katak dibawah sebuah lesung ‘tinggal’. Kerana ‘seekor itu sahajalah anaknya, ibu katak sering berpesan, jangan bermain jauh-jauh. Ibu katak bimbang jika berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini menimpa anak kesayangannya itu. Telah ditakdirkan, pada satu hari anak katak telah terlupa kepada pesan ibunya. Ia telah ‘melompat’ jauh dari kediamannya. Dia ‘terpesona’ dan mengetahui bahawa diluar ‘rumah’nya itu banyak benda baru termasuk binatang-binatang yang tidak pernah dilihat dan ditemuinya selama ini.

Oleh kerana keasyikkan melihat ‘dunia baru’ tersebut, sehingga hari petang baru lah anak katak itu kembali ke ‘rumahnya’. Ketika dia kembali dia sibuk bercerita mengenai pengalamannya bertemu dengan pelbagai benda dan binatang. Semua binatang yang diceritakan oleh anaknya itu telah diketahui oleh ibu katak.

“Kalau begitu rupanya, …..itu ayam”
“Kalau begitu bunyinya, ….itu kucing” , “ Ahhhhh…..Yang itu Itik”,. kata ibu katak dengan bangganya.

Sehinggalah sianak bercerita mengenai penemuannya dengan seekor ‘binatang besar’.

“Mak….., tadi saya menemui seekor binatang besar”
“Besar mana ? Ada besar ni” Tanya mak katak, sambil mengembongkan perutnya
“Besar lagi, mak”
Mak katak mengembongkan lagi perutnya sekali ganda lebih besar dari sebelumnya
Aaaada.. beeesaaar .. niii. Ujar mak katak.
“Besar lagi mak”

Mak katak telah membesarkan beberapa kali ganda dari perut asalnya. Anak katak tetap mengatakan “Besar lagi mak”. Percubaan terakhir ibu katak membesarkan perutnya telah membawa tragedi. Perut ibu katak telah meletup.

Tentulah sebesar mana sekalipun perut ibu katak itu dikembungkan , ia tidak akan dapat menandingi saiz ‘binatang besar’ itu , ……..seekor LEMBU.

Moral of the story, ………. ‘tut’ pikir lah sendiri…

8 comments:

Tirana said...

Pok Li..

Pengajaran untuk saya...siapalah saya jika nak dibandingkan dengan wanita yang ada kedudukan dan pangkat..hehehe..tapi sebenarnya yang membezakan kita di sisi Allah hanyalah iman, ilmu, amal dan taqwa.

razor said...

just like story fr a farther to his son. hihi

teringat cerita2 dongeng terawal yang saya dengar: cerita mengenai 'kenapa ayam kais2 tanah' dan 'kenapa helang berlegar2 kat langit' haha. sbb ayam tu dah hilangkan jarum yang helang tu bg pinjam. tapi time tu betul2 percaya la...

akuduniaku said...

salam..

cerita ni turun temurun sehingga ke zaman saya. sehingga sekarang saya masih gemar mndengar dan membaca cerita sebegini.

jadi, terima kasih kerana mengingatkan kembali zaman kanak kanak saya.

akhir kata saya mohon tunjuk ajar dari Pok Li tentang penulisan saya.

terima kasih.

p/s:rupanya cerita ibu katak ini amat popular dimana mana eh.....hahaha

Brahimnyior said...

Pokli,

Cerita pasal katak ni, memang pelik. Tapi saya dah pernah dengar kisah yang sama daripada arwah mak.

Sebenarnya, ia memberi analogi sikap manusia yang hanya memikirkan dirinya hebat, seumpama katak yang mati pecah perut tu.

Ramai manusia yang bersikap macam katak (yang ego tak bertempat) dalam kalangan kita.

Moga-moga Allah jauhkan aku dari sikap buruk ni...

RAHISAM RAMLI said...

Cerita yang mudah plotnya, watak si anak dan ibu katak. Tetapi jika ditanya moralnya saya yakin rakyat Malaysia 27 juta ada jawapannya.

Tafsiran yang berbeza dari sumber cerita yang sama.

Inilah yang terjadi bila semua mahukan yang terbaik dari dunia di luar sana.

Mana lebih baik-katak bawah tempurung atau diluar tempurung ya pok li? sekadar bertanya...

Pok Li said...

Salam kasih Puan Tirana, Razor,akuduniaku, saudara izuddin saudara Rahisam Ramli. Terima kasih beri komen. Apa pun masing-masing dah memberi kesimpulan yang terbaik.

KiTTuN said...

Salamz...
seronok saya baca cerita pok li kali ni.. boleh jadi idea utk saya cerita pada anak saya waktu nak tido nanti.

Pok Li said...

Cerita kanak-kanak memang sedap dibaca. Pengajarannya pula bagus untuk di fikirkan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails