Oct 7, 2008

Jalan-Jalan Cari Makan

Selepas menghantar pulang anak ke empat ke Kuala Pilah menaiki bas di Terminal Kuala Terengganu, kami singgah makan di sebuah restoran popular di Kuala Ibai. Restoran ini baharu sahaja dibuka setahun setengah. Pelbagai makanan ada. Nasi dagang, nasi minyak, pulut kuning, laksam, nasi kapit (nasi himpit), nasi kerabu, roti canai, sate sehinggalah ke makanan barat. Air juga bermacam jenis, air limau, teh, kopi, mocha, air buah, tongkat ali, kacip fatimah dan pelbagai lagi.

Jika kawan-kawan saya datang dari luar Terengganu saya akan bawa mereka ke sini. Bukan lah kerana makanannya sedap sangat tetapi kerana pilihannya yang pelbagai. Jika mahu mengenali Terengganu melalui makanan, inilah restoran yang sesuai. Warong Nor Azila, Kuala Ibai.

Kebiasaan makanan Terengganu pasti di tambah gula. Gulai Kawah, kuah nasi dagang, sambal ikan bilis, kuah roti canai, mee goreng, semuanya terasa sedikit manis. Saya tidak begitu cerewet  soal makan, tetapi selera saya yang suka makanan pedas tentu kurang sesuai dengan makanan manis. Kerana itu saya menjadi pemilih apabila makan di luar. Hanya beberapa kedai makan dan restoren yang menjadi pilihan utama saya. Selain Warong Nor Azila, saya memilih Restoran Sri Wangsa, Jalan Kuala Berang, kerana pengat pulut mangganya yang sedap. Puri Bali berhampiran bulatan Batu Bersurat yang menghidangan masakan Thai yang 'superb'. Jika makan tengahari pula saya akan memilih Kedai Pak Awi, di Jalan Sultan Zainal Abidin. Masakan nya mirip masakan utara dan Restoran Kerabu di Jalan Pejabat, Kuala Terengganu yang santai dan boleh di beri 3 bintang :). 

Kalau ke Mydin Mall saya akan singgah menikmati Nasi Kukus Paka 2 bersebelahan KFC. Minat untuk mencari makan sedap ini mungkin terpengaruh dengan kawan-kawan ketika saya hidup membujang di Kuala Lumpur pada tahun 1997-2021. Ketika itu keluarga saya masih menetap di Kuala Pilah. Setiap malam saya dan rakan sebilik akan keluar makan sama ada di Kg Baru, Kg. Dato Kramat atau berdekatan rumah sewa kami di Taman Melawati. Selepas pekena teh tarik dua tiga gelas, bersembang dua tiga topik baharu kami pulang ke rumah sewa.

Walaupun masakan hari ini bermacam-macam jenis dan bermacam rasa. Saya masih kagum dengan masakan yang pernah saya rasa sewaktu kecil. Selain masakan emak, saya begitu suka minum teh di Restoran Haji Hashim di pekan kecil kampung saya. Selepas puluhan tahun saya keluar merantau dari Perlis sampai ke Sabah, tidak pernah lagi saya menemui teh sesedap teh Haji Hashim ini. Jika balik ke kampung saya akan melintasi kedai ini, tetapi teh Haji Hashim ini sudah tiada, berkubur bersama tuannya.

Menjelang Syawal pula saya pasti mengidam untuk menikmati 'Halwa Maskat' buah tangan dari Andak Endon (adik aruah abah). Andak Endon kini sudah berusia 83 tahun. Dia pun sudah tidak bertenaga lagi untuk membuat kuih halwa maskat. Proses menyediakan halwa masakat mengambil masa lama dan leceh. Halwa maskat perlu di masak dalam kuali tembaga dan menggunakan sudip tembaga. Anak-anak nya pula sudah tidak berminat belajar dan mengadun resepi. Mereka lebih memilih merebus ketupat plastik dan membeli kueh di pasaraya. Pantas dan lebih murah. Pelbagai lagi makanan sewaktu kecil yang  rasa dan aromanya tidak lagi ditemui sehingga kini.

Apa pun saya tetap berpegang kepada kata-kata hikmat makan untuk hidup bukan hidup untuk makan.

3 comments:

Bonekahati said...

selamat hari raya maaf zahir & batin. nyum..nyum.. sedapnya hidangan apa tu?

Pok Li said...

Salam dan selamat hari raya
hari ni makan kat jalan sultan sulaiman.kt. pekena Nasi Kerabu

Puan Habibah said...

Hi All,

I have start to produce the Halwa Maskad - Special Traditional Malaysian sweet cake. We obtain the secret receipy from my mother and it is very difficult to produce. It is not too sweet but still the texture is still soft. Anyone want to order please call me at 6 019 4567473 or email at warisan.emak@yahoo.com

Thanks for your support
Puan Habibah
Kulim, Kedah

http://www.mudah.my/Halwa+Maskad+Hidangan+Istimewa+Hari+Raya-7027406.htm?last=1