Oct 10, 2008

Perjalanan Yang Tertunda

Manusia merancang, Allah merancang tetapi perancangan Allah lebih baik. Kepulangan saya ke Pulau Pinang terpaksa ditangguhkan. Angan-angan dan khayalan untuk melalui Jambatan Pulau Pinang tidak kesampaian. Sehari sebelum bertolak ke Pulau Mutiara saya telah terlibat dengan kemalangan. Kereta saya dilanggar sebuah motorsikal. Sudah gerah kata orang Terengganu. 

Apa pun saya bersyukur kerana kemalangan ini tidak membabit kehilangan nyawa atau kecederaan. Saya hanya mengalami luka-luka kecil akibat terkena serpihan kaca cermin pintu kereta yang pecah berderai. Mudahan-mudahan saya terus bersabar atas dugaannya.


Saya kongsikan satu cerita dari blog http://tkmutiara.wordpress.com/ berkaitan syukur dan sabar.

Suatu ketika Imran Ibn Hiththan masuk menemui isterinya, Allah mentakdirkan Imran tidak mempunyai paras yang menarik. Wajahnya biasa dan bertubuh pendek. Sedangkan isterinya seorang wanita cantik rupawan dan tinggi lampai. Ketika ia masuk ke bilik menemui isterinya, sang isteri sedang berhias. Imran tak dapat menguasai dirinya. Ia terpegun memandang sang isteri.

Sang isteri bertanya,

"Ada apa dengan mu....??"

"Demi Allah engkau semakin cantik saja setelah berhias," jawab Imran

Maka sang isteri berkata, " Janganlah khuatir....sebab engkau dan aku akan masuk syurga."

Tak terkira betapa gembiranya Imran Ibn Hiththan mendengar ucapan sang isteri. "

Tetapi...... "Dari mana engkau mengetahui hal itu.?" tanya Imran.

"Kerana engkau telah dikurniakan isteri seperti diriku lalu engkau BERSYUKUR, dan aku dicuba dengan suami sepertimu, lalu aku BERSABAR. Dan orang yang BERSYUKUR dan yang BERSABAR akan masuk syurga" (Ibnaty Al-Habibah, hal 22)

Cerita ini adalah sebagai penawar duka kami yang tidak dapat pulang ke Pulau Pinang. Perjalanan ke Pulau Pinang akan dirancang semula. Selewat-lewatnya hujung bulan ini atau pun awal bulan hadapan. Jika terlewat, bimbang pula dengan kedatangan musim tengkujuh. Beberapa kawasan rendah akan di tenggelami air. Biasanya laluan rendah menghala ke Jeli akan dinaiki air. Samada tersekat, di Chalok Setiu, Kg Raja di Besut, hinggalah ke Machang dan Tanah Merah. Seminggu atau dua minggu lagi kereta saya akan keluar dari bengkel. Pasti, Pulau Mutiara masih menanti kami😁.

4 comments:

Unknown said...

2. Al Baqarah:153.

"Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar"

;-)sobar yo lah.....

Tirana said...

Salam Pok Li..

First of all salam kenal.. Saya link kan blog Pok Li ni ye..

Hanya orang-orang yang tinggi imannya dapat menerima kekurangan dan kelebihan pada diri sendiri dan orang lain dengan bersyukur dan bersabar..

Bonekahati said...

Syukurlah Pok Li selamat. Semoga perjalanan yg akan datang dilindungi oleh ALLAH dr segala malapetaka. Mulai kaki kanan memasuki kenderaan disertai doa perjalanan. InsyaALLAH perjalanan diberkati.

Pok Li said...

Terima kasih diatas ingatan dan pandangan.