Oct 30, 2008

Lupa Atau Tak Ingat


Semalam saya telah dikunjungi oleh beberapa orang ‘kawan lama’ dari Kuala Lumpur. Mereka sebetulnya ada urusan di Kuala Terengganu. Oleh kerana masih teringat ‘kawan-kawan’ yang sama-sama ‘cari ‘makan’ di Kuala Lumpur satu ketika dahulu, mereka telah singgah di Marang. Mereka datang berlima dan saya hanya mengenali dua orang daripada mereka. Sudah menjadi kelaziman agaknya, sesekali berjumpa selepas bertahun-tahun berpisah, cerita kami lebih banyak berkisar tentang ‘nostalgia’ masa lalu. Kemudian, baru lah kami menyentuh isu-isu semasa dan terkini.

Walaupun kami rancak berbual, saya berada dalam keadaan kurang selesa, kerana saya tak mampu mengingati nama seorang lagi ‘kawan’ saya itu. Perbualan terus berlangsung lancar tetapi sebenarnya saya ‘bekerja keras’ untuk mengingati namanya. Saya akui inilah kelemahan utama saya. Saya mampu mengingati raut wajah seseorang tetapi bukan namanya. Cuma saya terfikir bukan saya seorang sahaja yang mengalami keadaan ini, ramai lagi………….

Beberapa tahun yang lepas ketika saya menghadiri sebuah bengkel, saya telah bertemu dan berbual dengan seorang kawan yang lebih berusia dari saya. Dia lebih jujur dan berterus terang.

“Minta maaf lah, ‘Siapa nama kau ah, aku dah LUPA lah,”
“Nama aku Ayub”,
“Bukan, Bukan….. Aku tau nama kau bukan Ayub”
“Ayub”,
“Bukan”,

Selepas menyebut nama saya yang sebenar. Dia mengiyakan; “Betul, betul, tu nama kau”.
Saya fikir dia bukan TERLUPA tapi dia TAK INGAT.

Saya tidak pernah berkecil hati jika ada diantara mereka tidak dapat mengingati nama saya. Tidak juga berkecil hati jika nama saya tersalah sebut. Kerana nama saya bukan sahaja sukar diingati dan disebut tetapi juga sering disalah eja. Seingat saya semenjak dari kecil hinggalah usia sekarang, belum ada lagi kawan-kawan yang namanya serupa dengan saya. Walaupun pun begitu nama saya bukan lah ganjil sangat. Kerana nama ini banyak juga digunakan oleh rakyat Indonesia dan sarjana Islam malah ada satu bandar di Iran yang sama namanya dengan nama saya :)

Pada hari, tempat, masa dan majlis yang lain pula seorang kawan lama juga telah mengajukan soalan yang sama kepada saya;

“Nama kau sapa ah, aku dah tak INGAT lah’
Nama aku Ayub”
Ayub, Oh ya, Ayub…. He,he,he

Selepas itu sepanjang perbualan kami dia memanggil saya dengan nama ‘Ayub’. Saya fikir dia bukan TAK INGAT tetapi dia LUPA.

12 comments:

Tirana said...

Pok Li..

Seronok bertemu kawan lama. Baru sekejap tadi saya mendapat panggilan dari seorang kawan lama yang bertahun tidak bertemu, lost contact..entah macam mana dan dari mana suara muncul melalui talipon (kuasa Allah). Pagi ini saya jadi ceria.. last saya jumpa dia sebelum sama-sama melanjutkan pelajaran ke luar negara, dia ke US dan saya ke Australia...Lama dulu.. Lepas itu terus terputus hubungan.

Alhamdulillah dapat cakap lama dengan dia.. Macam-macam cerita keluar dan kami sama-sama cuba mengingat kembali kawan2 satu sekolah dulu. Astaghfirullah..betul kata Pok Li..kita bukan lupa tapi tak ingat. Banyak nama yang disebut tapi saya tak dapat ingat. Mungkin kalau saya tengok rupa, boleh kenal. Gitulah manusia, serba serbi terhad. Kalau bukan dengan kuasa Allah, siapalah kita ini...

Brahim Nyior said...

Pokli,

Saya masih di Langkawi, seminar bahasa peringkat KPM. Jumpa 3 orang rakan sekuliah dahulu. Daripada 3 orang, seorang saya lupa namanya.

Namanya tak panjang, Akub Pehen, tapi saya juga lupa namanya.

Memang sifat manusia, apabila dimakan usia, semakin lupa jadinya.

Tapi saya tak lupa nama kawan-kawan yang digelar dengan istilah pelik semasa di Serdang dulu: Tungkai, Balok, Jagung, Kodok, Pipit, Senget, Jepun, Wosek, Alang dan seumpamanya.

Tapi nama sebenar mereka, maaflah. Memang lupa, memang tak ingat.

The Island of NAMOYAKI, said...

assalamualaikum warahmatullah...

kehadapan pok li yang saya hormati lagi saya kasehi,

ingin sekali saya bertanya kepada pok li,

Pok li?
disamping mempunyai kawan-kawan lama, masih sudi kah lagi pok li menerima kawan baru seperti saya?
ingin sekali saya menjadi kawan bloggers pok li, :)

boleh?

salam hormat kepada pok li, salam penuh kaseh sayang,
zul rahman

RY said...

haha, ni mcm kontra dengan entry baru dlm blog saya. hehe. bezanya entry tu tampil dengan ayat yang berlagak.

kawan saya asal perak, mak dia ckp kalau org sukar nak recall nama kita, tandanya kita ni ala2 kedekut. betul atau tidak, wallahu'alam la. tapi biasanya org selalu lupa nama saya..hihi. kalau ikut saya, tanya je 'kau lupa nama aku kan? nama aku rosyam nor' hehe. lama kena goreng, baru sy bgtau nama saya. hehe..

kaklong said...

Pok Li..

saya pun selalu berhadapan perkara yg sama. paling memalukan, bila org lain ingat nama saya, sedangkan sy tidak ingat nama org itu.

hmm..saya perlu mencatit sebelum saya lupa. :)

Pok Li said...

Salam Tirana. Saya pun teringin juga nak jumpa kawan-kawan lama. Mungkin entri saya 'Bertemu Untuk Berpisah' bulan september menggambarkan hasrat saya. Apa pun selamat bertemu semula sahabat lama tu.

Saudara Izuddin - Selamat berseminar. Jangan lupa beli coklat :)

Saudara Zul Rahman - Ok saja.

Saudara Razor - Betul ke kedekut ?. Saya kena muhasabah diri semula :)

Cik Wilda : Itu tandanya kita popular he, he, he.

RAHISAM RAMLI said...

Salam pok li-umur saya tidaklah telalu tua tetapi memang bermasalah juga nak ingat nama anak murid ni. Walaupun dah 3 semester mengajar mereka ada juga tak semuanya saya ingat.

Yang boleh ingat biasanya yang selalu aktif dalam kelas tu.

Pok Li said...

Saudara Rahisam, Saya pernah menemui guru saya selepas saya dah berumur ni. Memang dia tak kenal saya pun. Katanya, dua anak murid sahaja yang akan dia ingat. Satu yang pandai, satu lagi yang nakal. Saya mungkin bukan kedua-duanya :)

Anonymous said...

This is a topic that's near to my heart... Take care! Exactly where are your contact details though?

Check out my web page :: newport beach massage

Anonymous said...

Hello there! This post could not be written much better!
Reading through this article reminds me of my previous roommate!
He continually kept preaching about this. I will forward this information to him.
Fairly certain he'll have a good read. I appreciate you for sharing!

My page ... my Costa Mesa masseuse

Anonymous said...

Usually I don't learn article on blogs, however I would like to say that this write-up very compelled me to try and do it! Your writing style has been surprised me. Thanks, quite great article.

Here is my blog post ... please click the following internet page

Anonymous said...

I'm more than happy to discover this web site. I wanted to thank you for your time due to this wonderful read!! I definitely loved every bit of it and I have you saved to fav to see new things on your website. I wanted to share with you that, I bookmarked Blogger: BISO BONAR at Delicious so my family can read it also. If you don't mind
I would also reveal a suggestion. Buying fantastic video marketing can be fairly
difficult. I find it most constructive to talk with a a San Diego Estate Planning Attorneys.

Our crew of San Diego Bankruptcy Lawyers are here to help with all
of your legal necessities.

Also visit my web-site Bankruptcy Attorneys San Diego